Thursday, August 29, 2013

This Is Wakaf Che Yeh

tiap kali balik kampong kelantan
mesti pegi bazzar malam wakaf che yeh
kira grand bazzar la
sebab lagi gempak dari uptown, downtown, uppertown, bla2
kalau tak pegi
maka tak lengkaplah kepulangan itu

family aku beruntung 
sebab rumah che zie (mak sedara aku)
location rumah memang mengadap bazzar ni

kiranya sepupu aku
aiman ngan haziq
abang long dan abang ngah wakaf che yeh ni
manakala ayoh li (pak sedara aku) sebagai ayahanda
nampak tak?
family-family ku gangster
Haha

kadang-kadang aku pon tak tau 
aku pegi cari apa kat bazaar ni
cam takde hala tuju pon ada

umi aku pon selalu tanya
"gi wat gapo gak wakaf che yeh?"

aku jawab
"sajo jale, bele2 gi jupo che zie nga ayoh li"

famousnya wakaf che yeh ni kat kelantan
sampai ada dikir barat
'ambo ghaso bekene' ada mention wakaf che yeh

best kot lagu ni
roomate aku dulu memang nyanyian tetap lam bilik
termasuk bilik air
ambo ghaso bekene ni maksud lebih kurang I think im falling in love with you

ni lagu dia megat nordin - ambo ghaso bekene
http://www.youtube.com/watch?v=jVxTIi3hjVQ

sebelum ni kebanyakan jersey man united 
aku beli kat pengkalan kubur
pengkalan kubur tu tempat apa pulak
Haa
next entry kalau aku rajin

sekarang jersey memang aku beli
kat sini je
harga pon lebih kurang je
leh kautim

dulu memang belambak member kirim
tiap kali aku balik
tapi sekarang sejak naik kapal selam
jarang-jarang dah
7 kilo je leh wat naik
kopok2 benda len yang
umi aku masuk lam beg aku pun dah 8 kilo
mana nak muat dah

tapi yang paling penting lagi murah 
dari kat KL ni
kat KL punya harga dah cam harga original nike

selain itu ni merupakan factory outlet 
untuk kasut-kasut onitsuka tiger aku
selipar-selipar
dan juga speck ray-ban
takyah pegi JPO pon

adik aku ngan sepupu aku memang
alert je design2 footwear baru yang ada sini

masa aku wat practical time diploma dulu
alhamdulillah sempat terlibat
lam design process bazzar wakaf che yeh ni
walaupun dah final phrase; canvas roof design bla2 

sebelum ni bazzar ni cam bazzar biasa je
cam uptown, downtown
sekarang dah gah
sebab lain bazzar ni memang strategik lokasinya
orang KB, Pasir Mas, Tumpat
suma leh datang

sekarang ni kalau orang bercuti kat kelantan
confirm akan pegi wakaf che yeh

bila aku jawab soalan orang kelantan
rumah aku kat wakaf bharu
mesti diorang tanya balik
"sebelah wakaf che yeh ke?"
haha
lain-lain

banyak lagi wakaf-wakaf kat kelantan ni
tu tak gitau wakaf mek zainab lagi
lagi la pening nak menjawab kat mana
tu tak temasuk lagi kedai lalat, pendek
haaa
unique2

jadi kalau datang kelantan
shopping lah kat sini
apa salahnya bantu orang melayu meniaga
kalau mahal gedabak takyah beli

sebab tu elok ajak sekali sedara mara/member dari kelantan
kalau nak shopping kat sini
jadi process tawar-menawar tu leh 
berjalan lancar lam loghat kelate


brother ni jual sikat rambut magic

ni la factory outlet..haha











onitsuka tiger

ombak rindu


Wednesday, August 21, 2013

Monday, February 21, 2011

hantu



Tanak cerita pasal pilihan raya kampus
Tanak cerita pasal kena simbah cat
Tanak cerita pasal poster bersepah dalam raga moto
Tanak cerita pasal calon sebab aku pon tak kenal

Sebab

Air tetap takde
Tenet tetap lembab
Lampu jalan tetap tak nyala-nyala

Ari ni
Mau cerita kul 3 pagi
Kalau rasa takot
Sila baca citer ni pepagi bute
Lepas subuh
Lepas mengaji
atau
time orang ramai dalam bilik

Berapa ari bulan
Aku dah lupa
Hari apa
Aku pun dah lupa

hmmm..

Lam kul 2
Aku berangkat ke studio FKAB
Buat site analysis dan wat keje opis

Sampai je moto
Cermin cover meter pecah
De calar-calar
Cam kena cakar

Takkan la kucing foyer tu nak cakar moto aku
Apa salah aku ngan dia
Memang la aku wat tak endah je kalau dia wat muka kesian time aku tapau nasi
Tapi takkan la tu menjadi faktor kedendaman terhadap aku

Esok kena repair tukar cermin
Jumpa lagi apek kedai moto tepi petronas tu
Padahal baru je tukar plug 2 ari lepas
Kalau dia bukan short term memori lost
Memang dia akan ingat

Start moto melalui depan foyer
Depan tss
Sejuk gila
Dengan tak pakai sweater lagi
Masuk studio memang beku la aku lepas ni

Masuk je selekoh depan fst
Rasa len macam skit

Aku pun pelik
Sebab takde pulak kete moto lalu sekali ngan aku
Memang jalan sunyi sepi
Sekali sekala try gak pandang side mirror
Sebab takde back mirror cam kete
Jadi takleh la nak buat cam citer jangan pandang belakang
Boleh buat jangan pandang tepi je

Sampai depan UO
nampak anjing 4 ekor dekat bus stop
yang hairannya
anjing tu cam diam
pandang kat aku

Masa tu
macam-macam citer antu aku terbayang
dan berbagai action-action yang menakutkan terhasil dalam otak secara outomatic

maybe

de benda bertenggek atas moto aku

maybe

de sumtin yang menumpang

secara tetiba
moto aku cam rasa berat

padahal kat belakang
aku bawak laptop jer

takkan external 500 gig aku
tetiba jadi 500 kg
memang tak logik

tapi aku wat bodo jer bawak je

sampai area fpen
lagi la berat
plus naik bukit lagi

time tu gak
aku rasa cam de rambut-rambut kat belakang

lagi lah macam-macam
dok mai dalam pale otak

pontianak

nang nak

kuntilanak

hantu beranak

suma hantu yg de nak-nak kat belakang suma dok mai

dalam ati aku

maybe ni memang nasib aku jumpa hantu

kalau selama ni dok tengok lam laptop je

kali real

cuma kalau lam laptop

pat yang gerun-gerun bapak tu aku leh foward

atau kalau button forward kat media player tu jem

aku leh tekan button off

aku leh restart

atau aku leh cabut plug laptop terus

kali ni

aku memang takleh wat pepe

dalam pale aku sekarang

camana la aku nak benti moto nanti

takkan la aku nak pusing amin balik

membawa benda di belakang

dah la kul 2 pagi

sapa la yang ada

lepas ni tanak dah mai studio lewat-lewat pagi

kalau ada pon pak guard yang dok mai tiap2 hari kat foyer tulis apa ntah lam buku

bukannya nak ronda-ronda

mudah giler kije pak guard

sebab tu la moto ilang gak

jadi aku amik keputusan pergi jugak fac

kali ni lagi la naik bulu roma

sebab aku dah leh nampak

kain-kain putih

sipi-sipi kat belakang

last-last

dekat nak sampai

aku sengaja lalu rapat kat pintu kaca fac

sambil kepala toleh kat kaca

tapi takde pepe

sebab

sebab

ni citer tipu je

tima kasih membaca

sebenarnya inilah mentaliti orang kita

dulu bila orang suka tengok citer hantu seram

suma pakat buat citer hantu seram

sekarang

musim citer hantu lawak

jadi berlambak la citer hantu lawak lak..

lepas ni apa lagi? cer teka...cer teka..

Saturday, November 27, 2010

Mana Malaikat tu?



Salam..
Bismillahhirrahmanirrahim..

Lama betul tak menaip dalam blog ni
Sebenarnya banyak post yang aku dah taip
Tapi tak terasa nak publish post-post tu

Tajuk "Mana Malaikat tu?"
Sebenarnya tajuk ni
Bukan sebab aku suka tengok Supernatural

Tapi masa aku makan kat Azura malam semalam
Aku tengok ada sorang laki jalan tepi 7 eleven
Tgh syok jalan sambil cakap kat hp
Dia jatuh sebab licin air ujan kot

Pastu
Baru aku teringat balik zaman kecik-kecik
Zaman tadika

Dulu
Aku selalu nak jatuh
Sebab tapak kasut licin

Sebab ngan kasut tu lah
Aku main bola
Naik basikal
Berlari

Camana la tapak kasut tak haus

Walaupun aku pergi sekolah tadika tu
Ngan Arwahyarhamah Che Moh aku (cikgu tadika kat situ) nek moto
Tapi aku suka merayau-rayau kat situ

Kampong aku pulak memang selalu hujan
Nama pon Kampong Laut

Tiap-tiap kali aku lalu
Kawasan simen
Mesti nak terjatuh
Hampir-hampir disitu
haha

Tapi tak jatuh
Terrer tak?

Pernah sekali
Masa aku nak terjatuh tu
Che Moh aku ada sekali
Dan seperti biasa

Aku tak la sampai jatuh
Hampir-hampir disitu
Lagi..

Kemudian Che Moh aku cakap
Malaikat yang sambut Abang Long tadi

Kata-kata tu
Menyebabkan aku dah tak takut dah nak berjalan pakai kasut tu
Dan
Banyak kali aku jatuh
Tapi aku sedapkan diri
Alah
Maybe Malaikat pergi jumpa kawan kot
Pergi Minum ke
Macam-macam

Kadang-kadang aku suka conteng satu dinding kosong
On da way nak balik sekolah
Sampai nak penuh dinding tu aku lukis gaban, dinosour, maskman
Tapi time tu selalunya azan zohor
So aku anggap time tu
Malaikat pergi semayang
So dia takde tepi aku
So aku leh conteng dinding tu

Vandalisme betul aku

Dan bila ayah aku beli kasut baru wat pergi sekolah
Aku jarang-jarang pakai
Sebab aku tau
Kalau aku pakai kasut yang tapak dia tak licin
Malaikat takkan dok tepi aku lagi

Kekadang time aku
Dalam kesusahan
Problem
Aku selalu tanya-tanya
Mana malaikat tu?

Sangat kebudak-budakkan
Tapi tu lah

Zaman kecik-kecik
tinggal kenangan

pahit

manis

masam

kelat

semuanya

satu permulaan

dan sekarang

aku, korang semua

mesti dah mengaji

2 malaikat

kiri dan kanan kita

kanan namanya Raqib

dan kiri namanya 'Atid

yang sedia mencatat amalan kita


Jadi Tak perlu pakai kasut licin lagi..

Nak bagi Malaikat ada kat tepi..

sebab mereka dah ready..


sama-sama jaga diri..

Wednesday, April 14, 2010

bubur dan nasi ayam..


kul 3.30
sambil dengar lagu open your eyes by maher zain


ari ni
eh
semalam
pegi library lagi
semester ni
banyak kali la pergi library

semester lepas 6 kali
semester ni
takleh nak kira

kira banyak la tu
haha
hampeh

sebenarnya
dah tido kul 2 tadi
pastu
terjaga lak

tanak lah tido lagi
esok paper kul 8.30

tengahari tadi
terkandas di ptsl

sebenarnya nak jer redah
memandangkan
aku baru jer lepas selsema
dan pesanan dari seseorang

aku akur
(pergh..akur..)

tapi ni
1st time aku explore
area ptsl
surau
bakery tu
tempat photostat

sebelum ni aku pergi pusanika pun
sbb pathway nak pegi kelas titas, etnik

wah
banyak gak
tempat-tempat
menarik

masa aku kat bakery tu

tetiba aku nampak
orang ceduk bubur
layan diri kot

tapi aku conpius gak
bubur dalam bakery

"bubur ke kak?"
"bubur la! takkan nasi lemak!"

hmm..
tak tau la
dia marah sebab pe

maybe sebab aku panggil akak

atau

dia ingat aku nak ngorat dia

atau

memang dia suka membuat perbezaan
antara
nasi lemak
dan
bubur

semuanya mungkin

sebab rasa cam malu sikit
tambah-tambah
ramai orang kat situ

walaupun
aku tak kenal
orang-orang dalam bakery tu

tapi aku terus buat
tengok-tengok roti
atas rak tu

dan aku takkan tanya dah
akak tu

"ni roti ke kak?"

sebab nanti

dia mesti tuang bubur panas dia tu atas kepala aku..

erm..
silap aku gak tanya..
dah tau bubur..
tanya lagi..

lepas aku pusing rak tu
terus kuar bakery tu
takpe la bubur
len kali..

pastu pegi
cafe pusan

ingat nak balik amin
ujan lagi
punya la lama

hmm..
takpe
minum lu..

time minum air kiwi..
lapo..

pegi order nasi ayam..
laaa..ada nasi ayam kat sini.. :P

masa akak tu potong-potong ayam
ada kemusykilan lagi yang muncul
akak tu memang menjaga kebersihan
sebab tangan dia sarung plastik

tapi sayangnya

tangan yang dia pakai pelastik tu
dia buat pegang pisau potong ayam
tangan lagi sebelah yang tak sarung plastik
dia pegang ayam
baik takyah sarung plastik terus
sepatutnya
tangan yang pegang ayam tu la yang sarung plastik
hehe..
takpe la..
aku nak tegur pun..
memandangkan
aku baru kena sound
ngan akak bubur kat bawah tadi..
diam-diam jer la..

nanti korang pegi..leh la tolong tegur..
atau pun
mayber ari ni jer akak tu pening-pening skit..
he..

lagi satu bila makan kat pusan ni
kita dapat jumpa
orang-orang yang selama ni
dalam facebook jer

mesti dalam kepala
dok pikir

hmm..cam penah tengok dia ni..
kat mana ek..

abis makan

hujan tak benti gak lagi
sepatutnya
ukm perlu ada satu system laluan ber'cover'
yang menyeluruh
kalau tanak menyeluruh sampai kolej-kolej pun
paling kurang ke tempat tunggu bas..
ke masjid..
tempat-tempat yang selalu menjadi tumpuan student..
ptsl..bla2..
maklum la Malaysia ni dalam iklim
Khatulistiwa
bukan
savana ke apa ntah lagi
lupa dah belajar geografi pmr dulu..


sambung study..yok..

Monday, April 12, 2010

Exam dilupuskan..


megan musang

Alangkah bagus
kalau takde
final exam

Boleh ke?

Datang dengar lecture jer..
Pastu balik..
Cuti semester..

Best-best..

Tapi..

Kena ganti dengan assignment..
Mesti berlambak-lambak jadinya..

Dah la assignment yang normal banyaknya ni pun dah wat last minute..
Campur lak assignment yang berlambak-lambak..
Jadi lah berminute-minute dan bertimbun-timbun..

Fuhh..

Baru sebut pun dah cam tak larat nak wat..

Aku penah tanya pendapat studiomate aku..

"Ko rase nape la ada final exam"

"Aku rasa sebab lecturer tu dendam..dulu dia penah fail..pastu dia nak bagi kita fail gak.."

Bernas sungguh jawapan studiomate aku..

Musim-musim exam ni macam-macam idea muncul..

Nak suh PTSL bukak 24 jam la..

Ingat 7 eleven ke? Slurpy pun sampai pukul 10 jer..eh..apa kaitan..

Time exam baru nak pegi ptsl..he..aku pun sama..tapi aku rasa baik lagi study kat bilik..

Sebab bila orang-orang yang tak biasa study ptsl, study kat ptsl..

mereka akan digolongkan dalam golongan baru-baru berjinak..(jinak ni apa maksud dia?)

atau bahasa FIFA'10 atau PES'10, beginner..

mereka akan bising..tidak seperti orang-orang yang telah lama jadi semi-pro di PTSL..

Oleh itu..kepada beginner-beginner..diam sikit..

Cara study untuk exam sekarang pun dah lain..

Kalau masa sekolah dulu..

Malam exam la nak wat peta minda..

Dan semua orang wat peta minta yang sama..sejibik..

Alangkah baik kalau setiap sorang dalam kelas dulu wat satu subtopic..

Pastu pass kat member-member..photocopy..jimat masa..

Tapi sebab masa dengar bengkel cemerlang PMR dulu..

Penceramah tu tak cakap camtu..dia cakap setiap orang kena wat peta minda..

Maka kita pon ikut..

Peta minta..oh peta minta..tulisan jer lain..

Tulisan straight..italic..ada yang nak ke italic..tapi degre dia tak cukup..kiranya ital la nama dia..

Ada yang tulisan Blues Untuk Aku..aku pun..lawa tulisan ni..

sampai cikgu arina marah aku..

sebab huruf kecik besar, besar kecik..siap ada garis lagi..ntah apa-apa..

Sekarang mudah..type jer..nak apa? Times New Roman? Calibri? Arial?

Size? 12? 14? anytime..

Trend di ukm..

Sekarang ni mana ada orang print note-note dah..

Suma baca kat slide power point lecturer bagi..

Oleh sebab itu, peluang log in facebook dan yahoo messenger lebih cerah..

Bayangkan kalau tetiba takde letrik..

Ada ke bateri laptop tahan 24 jam? Laptop aku 15 minit jer..

walaupun tulis kat symbol bateri tu 2 jam remaining..

Kalau nak pegi print time tu pun dah terlambat..

Sebab printer-printer pun pakai letrik..

Bukan pakai bateri energizer..atau bateri kereta cam kat pasar malam..

Selamat masuk exam sume..

jangan tinggal kad metrik..

tinggal pen takpe..

leh pinjam :P




Saturday, March 13, 2010

hi blog



lama tol tak update blog
bukan labah-labah jer bersarang
labah-labah dah buat kondo dah pon
tak pun shopping mall

hmm..
mana nak mula

ok..

bismillah..

esok
lusa
insyaallah

update




Monday, November 30, 2009

raye aji vs raye pose..




Raya aji memang tak lama

Raya aji tak semeriah raya pose

Raye aji takde lagu 'Nazam Lebaran' atau 'Dendang Perantau' takde senikata 'mintak mak daging sepotong..'

Raya aji takde bunyi mercun

Raye aji takde rancangan memasak 'camana nak buat sup ekor' atau 'steak'

Raya aji takde biskut almon london

Raya aji takde biskut cornflakes yang tak best

Raya aji takde movie-movie yang best siang malam, hisdustan pun takde..sinetron tetap berjalan ikut time cam hari biasa..nur kasih episod akhir..erk..apakah

Raye aji takde rancangan menyanyi siang malam

Raya aji takde rancangan 'sampaikan aidiladha'

Raya aji takde baju melayu teluk belanga dan baju kebaya nyonya

Raye aji takde 'kad raye'

Raye aji tak ramai org wish samaada di sms ataupun di facebook


ni yang tak sama

yang sama

pun ada

cam


Raye aji tetap ada orang kawin (kalau takde cuti camni, orang kita tak kawin rasenyer)

Raye aji tetap ada jalan jem kat highway (lagi teruk dari raye pose)

Raye aji tiket abis gak (sampai kena naik bas persiaran/ bas sekolah)

Raye aji ada takbir raye (polis traffic pun wat video clip takbir raye, background moto lagi)

Raye aji tetap ada nasi dagang, nasi minyak dan mee hun goreng (makan lepas sembelih lembu)

Raye aji tetap ada baju melayu dan kebaya (pakai yang raye posenyer)

Raye aji tetap ada bermaaf-maafan (tapi emotion sedih, nangis-nangis..kurang sikit)


Raya aji dan raya pose..erm..camtu lah..

Tuesday, November 3, 2009

berhaluan kiri



akhirnya abis review buku titas yang aku beli kat PPU dengan harga RM10 ni
sebelum ni dalam dewan kuliah
tak guna langsung buku ni
kalaulah soalan exam Rabu ni tak depend kot buku ni
aku rasa aku leh jual balik buku ni kat PPU
sebab aku tak conteng apa-apa pun
nama pun tak tulis
nasib baik tak kena rembat

semalam lepak kat PTSL
buat kali ke 6
tengok boleh kira pegi library
rajin kan?

terdengar perbualan satu couple
table belakang aku
tau tau la
'in relationship' ke?
'engaged' ke?
'it's complicated' ke?
aku aku rasa baru nak kenal2..

ada tak status 'baru nak kenal2' dalam facebook?

terdengar
bukan sengaja mau dengar...

you suka lagu apa?
erm...lagu indie..
indie?lagu indon ke? (apa daa..)

tak..indie tu cam lagu Hujan, Meet Uncle Hussin..bla2...

oh..sori i tak tau..

u?

i suka lagu rock lama2
oh.. nape?
sebab teringat time i sekolah dulu
teringat awek lama u ke?
eh..tak la..just suka..abang2 i pun suka..layan apa..


lebih kurang camtu la
kalau tak betul pun dialog ni
anggap jer la betul
he

music sangat menarik
music tak haram
music jadi haram bila ia melalaikan
dengar music sampai lupa nak semayang
atau mungkin
senikata music tu yang tak sepatutnya didengar

dulu masa sekolah rendah
aku dengar lagu nashid
perjalanan ke sekolah
amik masa 20 minit
sempat 4, 5 lagu dengar
sampai hafal
lagu raihan
lagu hijjaz
lagu brothers
lagu cepat jer leh hafal..kan?

masuk sekolah menengah
sama
layan nashid lagi
sebab time tu
memang banyak lagu nashid best-best

masuk diploma
hmm..dah dengar lagu-lagu omputeh skit..
yang agak rancak..rock skit..
sedikit sebanyak membantu..
speaking..dan melajukan tempo wat drawing..

masuk dunia senibina
takleh terlampau straight forward
'otak kena gila-gila sikit'
itu la ayat aku dapat dari senior-senior

tapi betul
music
cara hidup

boleh membuatkan kita
lebih berfikiran
'creative'
atau
aku suka panggil
'golongan berhaluan kiri'

ramai orang anggap golongan ni
cam pelik

tapi
bila kita berfikir lain dari orang lain

membuatkan
kita lain dari orang lain

contoh

kalaulah si pencipta kapal

tak berfikir

kenapa tak ada kereta yang boleh terbang?

maka tak tercipta kapal terbang

kalaulah si pencipta hp

tak berfikir

kenapa tak ada telefon yang boleh dibawak ke sana ke sini

maka sampai bila-bila pun time kat rumah je la boleh pakai telepon

sms pun tak dapat

mereka semua

telah berfikir lain-lain dari yang lain

dan mereka lah yang dapat anugerah nobel

kat mesia ni

takde sorang pun lagi yang dapat nobel

mungkin mentali masyarakat kita
kalau tengok benda yang pelik sikit

kutuk

gelak

mengata belakang

menyebabkan

manusia

dan

idea

terus jem kat situ

jika dikaji balik

kalau zaman dulu

logickah orang jual air kosong dalam botol?

sekarang kita beli air mineral..

kalau zaman dulu

orang tua-tua marah kalau meratah ayam jer, kena makan dengan nasi

tapi sekarang kita belasah kfc...

aiseh...lapa..

Monday, November 2, 2009

ada orang



tuan punya kipas : sejuk la ari ni...sejukkkkk sangat2..

tokey kipas panasonic : cuci kipas ke?


ada orang,
dikurniakan otak yang ligat
wat math yang aku dua ari buat baru nak paham
dan kadang-kadang tak paham lansung

dia wat 10 minit jer

ada orang ,
dikurniakan otak yang amat power mengingat (makan kismis kot..)
ingat benda yang aku amik masa seminggu nak hafal

dia hafal 5 minit jer

tu kelebihan

tu kurnian

bagi kita yang takde

jangan mengeluh

kita usaha

cuba lagi

dan

cuba

tuhan adil

sangat adil

bagi kepada sesiapa yang Dia nak bagi

kita..

terus mintak

mintak

dan mintak

pada

Dia...

lagi pun

setiap orang

ada

kelebihan

masing-masing


adilkan...

Wednesday, October 28, 2009

promote akak


malam minggu manifestasi seni, dectar

idi,seorang budak laki umur dalam 6-7 taun kot dan aku


bang, berat tak camera tu..
eh, aah..leh tahan la..
oo..baik pakai yang kecik..kat umah sy ada..
camera tu lagi best..dia leh cari kalau muka senyum..
kalau orang tu tak senyum? he

kena senyum gak..kalau tak..tangleh tangkap..tp kalau idi nak pakai mak tak kasi, leh pakai time raye jer..
oh..he..mak takot rosak kot..
alaa..kak teh guna leh lak..
he..kak teh guna sebab nak buat kerja sekolah tu..
ye ke? takde pun..
erm..idi datang ngan sape?
mak ngan babah..
oh, diorang kat mana?
kat sana..
oh, ok ok..he
bang, nanti amik gambar kak teh..dia no 7
hah? no 7?
erm..ntah..dia ckp dia no 7
erk..ok ok
abang kenal kak teh?
kenal-kenal (penat dah layan)
masa menari dia beratur no 3..
hah? no 3 apa pulak?
1, 2, 3 laaa
erk..ok ok..ye ye..no 3
abg satu kelas ngan kak teh ke?
tak..kelas lain, tapi satu rumah sukan(kah..kah..)
oh..idi ari tu dapat no 4 masa lari time sukan..satu lagi nak menang
idi tak makan biskut tiger ni..sebab tu tak power (kah..kah..amek ko)
hah..biskut?
erk..tak2..silap cakap (nanti tak pasal-pasal kena explain pasal biskut lak)
abang..abang suka kak teh tak?
suka?
cinta kat kak teh
hah? (ko merepek apa ni?)
kak teh cantik..
aah..cantik-cantik..tapi dia dah ada boyfriend..
eh..takde..idi tau..mak pun tak kasi..babah pun..
oh..bagus-bagus..
abang usha la lah kak teh..
wah..haha..usha tu apa? abg tak tau..
usha tu cium-cium..
haha..(apa ko merepek ni budak) mana idi tau ni?
kawan sekolah bagitau..cikgu pun bagitau..
hahaha..cikgu bagitau? kah2..
ok ek idi..nanti terlepas lak nak amik gambar kak teh..
ok..dia no 7!
ok.. no 7..
k..last..nak amik gambor idi..senyum..
ok..



candid kak teh dan idi..(memang cun la kak teh idi...aisey.. :P)

Wednesday, October 7, 2009

Kawen dan Slide Titas..



lagu torn besh!!


Suatu hari di pusanika.....


Awak…shafiq kan?

Erk..ye saya?

Saya nak ajak awak

Ajak?

Nak ikut tak?

Ikut? Eh jap..tetiba je..awak ni sapa? Satu kolej ngan saya ek?

Tak lah..nak ikut tak?

Lor..nak ikut mana? Cam nak culik jer?

Jom la..kita kawen..

Erk..kawen apanyer (abis aku)..Kenal pun tak...

Ala..saya tau..awak selalu check profile saya kat facebook..Awak minat kat saya...

Eh..bila masa lak..lagi pun fb mana leh check? Friendster boleh la..tipu ni..

Ye la..saya tau...tak kira..kena ikut gak..

Tak boleh..isnin depan submit drawing..kertas pun tak beli lagi ni..

Ala..drawing I leh tolong buat..

(Oh tidak! Malapetaka apakah ini)

Jom..jom…Naik kete saya..Parent saya dah tunggu kat rumah..

Tak boleh..project landscape ni memang takleh delay..mengamuk en irfan ngan dr nan nanti..dah la aritu saya merepek masa buat poem..

Alaa..takpe nanti kita ajak diorang kenduri kawen kita nanti..tak pun suh jer en irfan jadi pengapit..leh makan ngan pengantin nanti..

Tak boleh..en irfan tak makan udang..

Takpe..kita suh catering wat gulai itik..

Itik?? Aa’ah..itik en irfan suka..

Jom la…sekarang..

Tak boleh..esok present Titas..slide lagi 4 tak siap ni…report tak buat lagi..

Alaa..you pakai jer slide I..I dah present minggu lepas..

You ni merepek apa? Kita set lain2..I set 11..You?

Set 78..Ala..tak kira..you kena ikut jugak..

Tak boleh..umi..ayah I…family..tak tau lagi ni..jadi si tanggang I nanti..

Tak kira..you kena ikut jugak…suma dah ready tau..tok kadi..hantaran…I dah jemput suma..malu la I nanti..

(Pedulik hapa aku)

Sampai ati you cakap camtu..

Erk..kan I dah type dalam kurungan tu…maksudnya I cakap dalam hati la..

Oh..pandai you nak jaga hati I..sayang jugak you kat I ek..

Erk..Apakah? Bomba!! Fire Drill!!

Dah la..BMW I dah ready kat PTSL tu..lepas ni kita pegi amin..You packing mana yang patut..Baju-baju lain kita beli kat butik..You cakap jer..Poul Smith, Armani..I tanggung semua..

Wah..kayanya you…anak tan sri ke apa ni?

Atas lagi dari tan sri..tapi bukan title beli tau…Jom cepat…family I dah tak sabar nak jumpa You ni..Jom kita pegi kolej you..

Eh bahaya..kolej I banyak beruk..abis nanti..you tak takut ke?

Tak..kat umah I memang bela beruk..mini zoo lagi..

Tak boleh la..Tunggu la I grad dulu..

Lama la nak tunggu you…dulu diploma…skrg degree..bila nak abis? Pas ni apa lak? Master? Phd?

Dah memang camtu..I bukan pandai..masuk matrik..cam you..

I stpm la..

Oh..tak tau pulak..

Dah memang I tak penah bagitau..

Betul2..

Dah..pasal keje..You takyah bimbang..lepas ni keje jer kat opis papa I..

Tapi I nak jadi architect gak..cita-cita tu..kena gak..

Tak pe..nanti I suh papa sponser you study oversea..You nak kat mana? You mesti nak kat Manchester kan? I tau…

Ok gak tu..tapi boleh tak..papa you sponser I..tapi I takyah kawen ngan you?

Sampai ati…(menangis cam dalam sinetron ina)

Eh..jangan la nangis lak..malu la..ramai orang kat pusanika ni…nanti apa lak orang kata..

Biar orang kata..You tak sayang kat I..

Bila masa pulak I penah sayang kat you..eh, nape tetiba kita cakap I, you ni…

Mana I tau..you yang type..Ngok apa you ni?

Amboi..sesedap jer kata I ngok..

Abis tu yang you tanya soalan-soalan mengarut tu nape?

Eh..sapa yang mengarut sekarang? You ke I? Ntah dari mana you datang…tetiba ajak kawen..

Kan you gak nak publish entri kat blog you ni..

Tau la nak publish entri..Tapi takkan citer camni..

Dah tu..you asyik cakap takde idea jer..dari bulan pose lagi you tak update-update blog you ni tau..

Oh..lupa lak..ari tu bz project mussolla…mana sempat..

Oh..you upload gambar-gambar kat fb tu boleh pulak..

Tu upload jer..takyah nak fikir-fikir…

Abis tu..Tag awek-awek tu apa?

Eh, suma orang yang I kenal I tag la…

Ah..I tak kira..I nak merajuk..

Lor..Ingat dah nak ending citer ni..Ni nak merajuk lak..makin panjang la citer..

Apa susah..you takyah pujuk…biar jer I camni..Dah la I suh lukis muka I tak lukis-lukis gak..

Dari I lukis you..baik I draw elevation ke section B-B’ ke..buble diagram ke?

Oh..tersentapnya I…You samakan I dengan buble diagram yang hodoh tu..

Takde la 100% sama…You pun pandai sentap ke? I ingat dak studio I jer pandai guna sentap..

Dah la..blah la you..tak jadi la kawen camni..lepas ni kalau jumpa I kat PTSL ke Dectar ke DG ke Zaba’ ke..jangan tegur I..

Ok jer..Abis pun..leh sambung wat slide titas.. :P




Tuesday, September 1, 2009

ini bukan ucapan penyimpan mohor besar raja-raja




gula takde
minyak naik

lepas ni ntah apa-apa lagi yang naik

nak-nak raya ni

takleh ke tunggu lepas raya

yang pasti

kekurangan gula ni
akan menjadi penyebab kurangnya
biskut-biskut raya yang aku admire

almond london (dibuang almond)
mama carrie (kenapa mama?tak paham aku)

oleh itu
kepada member-member aku
yang cam tau-tau
aku nak datang beraya

sila buat biskut-biskut
yang sedap-sedap sahaja

kan gula naik

dari korang buat biskut
yang
tak sedap

yang cornflake-conflake tu
tak payah buat
memang tak best

baik lah buat biskut
yang gerenti
orang makan

tujuan buat biskut pun
untuk bagi orang makan

bukan sekadar buat biskut
untuk memenuhkan mangkuk-mangkuk
yang bermacam-macam design

kadang-kadang aku pun conpius
sebab mangkuk-mangkuk tu
sangat menarik
dan menyelerakan

cam nak makan jer

kepada kanak-kanak riang
yang datang beraya
umah aku pulak

sila take note!

bila masuk umah aku
bila aku tuang air oren sunquiq

sila minum sampai abis!

ada yang tak minum pun
biskut pun sila amik
sebab aku dah bukak tudung mangkuk
sudah berlaku ventilation langsung disitu (masuk angin)

jangan tunggu duti raya jer!

kalau tak, aku tak bagi sampul raya CIMB atau Tabung Haji
(macam la bebudak tu baca)

kepada pemain-pemain mercun amateur

sila take note jugak!

aku kekadang seronok gak bunyi mercun
baru ada suasana raya tu

tapi main ikut time la
ni time semayang terawih pun korang bantai main

kekadang tok imam pun leh melompat
sampai lupa ayat
nasib baik tok imam tak melatah bukan-bukan lepas fatihah
tak pun tetiba tok imam nyanyi lagu 'dendang perantau' (tok imam tak hafal lagi lagu siti - 'air mata Syawal)

nanti tak pasal aku kena niat keluar imam
sebab aku tak suka sangat dendang perantau
lagu sedih ;p

mungkin korang leh try main waktu pagi
time orang nak bangun sahur

secara automatik
leh kejut orang bangun sahur

walaupun ada la sikit orang sumpah seranah (aku pun)
tapi tak la sebanyak sumpah seranah yang korang dapat
masa main mercun time terawih


korang main pun takyah takut-takut
sebab time ni
polis dan ahli-ahli jkkk (jawatan kuasa kemajuan kampong) suma tengah lentok tido

bunyi mercun jugak
akan melajukan tempo kelajuan memasak
kaum ibu
yang selalunya agak slow motion
time-time sahur


salam 11 Ramadhan





Monday, August 31, 2009

gardenia, sabun breeze dan awek kfc



tiap-tiap
ari kita belajar benda baru
langsung atau tidak langsung

ari ni
baru aku tau
roti gardenia
takleh disimpan
disebelah sabun basuh breeze

buruk padahnya

dah la aku bangun sahur
mamai-mamai

makan roti
tetiba rasa
lain

nasib baik aku tak tersedu-sedu kuar buih sabun breeze

mundur sangat ke aku ni
tak tau
roti gardenia RM1.70 ni dah ada perisa baru

aku rasa
lepas ni
pihak Gardenia (sungguh enak dimakan begitu saja)
leh la letak label kat plastik
jangan letak ditepi sabun basuh
breeze dan sama waktu dengannya

lastly
Roti Gardenia (sungguh enak di BUANG begitu saja)
kalau nasib baik
beruk-beruk ukm
datang makan roti tu

haha
biar pening lalat nanti
kalau tak
dok selongkar tong sampah jer keje

lama tak update blog
memang takde benda nak letak

takkan aku nak letak

love story

ari ni aku dating kat pkns
awek aku nak berbuka puasa
dia mengidam nak makan
kat kfc

"i nak makan kepak ayam"
"kepak ayam dah abis la yang.ayam ada dua kepak jer.kiri kanan"

"tak kira..i nak jugak!"

"nanti i suruh kfc bela ayam yang ada kepak 12 untuk you"


tengah makan kfc
suma org pandang
rakus sangat ke aku makan
takkan awek aku pun makan secara rakus?
rupa-rupanya tak masuk waktu lagi

azan td azan dalam laptop
student ukm (software azan selalu time salah)

cerita camni ke yang aku nak type?
segan la
lagi pun

ni cerita tipu

aku mana ada AWEK

pkns pun baru sekali aku pegi
tu pun pegi ngan J sebab nak gunting rambut

tu pun
masuk kot depan pkns
tetiba
kuar kot belakang pkns

tu area bangi

dalam ukm pun aku sesat lagi

ari tu masa time konvo
ada sorang uncle ngan kete
tanya aku kat depan canselori

nak pegi dewan gemilang
nasib baik
malam tu
aku pegi makan bakso pesta konvo kat situ

so dengan confidentnya aku bagitau uncle tu
jalan nak pegi dewan gemilang

padahal
kalau uncle tu jalan terus pun
conform jumpa dewan gemilang

tapi aku tak la seteruk nik zami
member sama level ngan aku ni
canselori pun tak kenal
padahal tiap-tiap minggu pegi class titas
sebelah menyebelah jer

haha
sori la jami
kutuk ko sikit
aku tau ko tak baca blog-blog ni
masa aku type entry ni pun ko tengah baek punya baca komik atas katil aku

haha
nak balik raya nanti
aku mintak maaf secara borong
sebab selalu sangat kacau ko

dah
tetiba jami dienterprem disini

ari ni
besday ke-52 Malaysia

elok jugak merdeka bulan pose ni
takde la aktiviti hiburan yang melalaikan

konsert ct td boleh la
suma orang rindu kat siti :p

secara automatik
rakyat Malaysia menghormati Ramadhan

betullah
Ramadhan ni penuh keberkatan
harap
dapat
bertemu
Ramadhan

lagi.....







Sunday, August 23, 2009

abis tu?




"amik couse apa?"
"erm..senibina"
"engineer ke?"
"erk..tak"
"abis tu?
"
"lukis-lukis"
"lukis engine?"
"erk..tak"
"abis tu?"
"design bangunan"
"graphic design ke?"
"erk..tak"
"abis tu?"

"adoi....ish..erm..architect tau?"

"oh...cam adam dalam citer nur kasih ek"

"aah..pandai...tapi belum jadi..baru belajar...heh"


len kali kalau orang tanya..
aku nak jawab
cam keje adam
dalam citer nur kasih

terima kasih nur kasih
terima kasih khabir bahtia :p

Sunday, August 16, 2009

lagu dan raya

video

tercipta untukku (cover)
js & ajoi
studio 402

kadang-kadang
lagu sekadar lagu

bagi kita

kalau sedap didengar
kita dengar

kat radio pun ulang puluh-puluh kali satu hari
bila ada lagu lain

lagu baru
lagu lama
dilupakan

maybe lagu-lagu tu
akan dikompilasikan balik
sepuluh tahun lagi
dua puluh tahun
mungkin...

tapi
lagu-lagu raya
tak senasib ngan lagu-lagu len

nasib mereka lebih baik
tiap kali raya
mesti lagu raya lama-lama
dimainkan kat radio,tv

tapi yang kita selalu dengar
lagu raya yang lama-lama

lagu raya baru takde lak dengar
yang ada pun lagu Siti kot

nape orang tak cipta lagu raya baru?
sekali sekala
nak gak dengar lagu raya yang bernafas baru..

memang la lagu lama ni ada nostalgia tersendiri
tapi biarkan lah nostalgia tu memberi peluang pada
lagu-lagu raya yang baru
tak salah rasanya

para penulis lagu.....
sahut cabaran ini...
sebulan lagi nak raya ni..
takkan satu lagu raya hit takleh wat...

tapi kalau rasa lagu tu tak best..
takyah lah jual...
dengar sendiri..
yang best aja okeh?







Monday, August 10, 2009

IJN dan rokok



minggu ni aku ishtiharkan minggu dugaan..
minggu kesabaran..
minggu diluarjangka...
dan...
minggu penat la sikit..
tak payah nak tunggu mohor besar raja-raja nak ishtihar time puasa atau raya..

masuk sekarang hampir 48 jam tak tido..
tolak setengah jam tido dalam kete kat LCTT pagi tadi..
nak tido pun dah jadi takde selera..
dan dah tak berpijak di bumi yang nyata..

site analysis ngan precedence study 48 jam tu
tak tak terpresent
buat macam nak rak

tapi setidak-tidaknya
life aku dah kembali macam dulu


Institut Jantung Negara, 2.45 pagi....

masih ramai dengan manusia-manusia
kenderaan keluar masuk

padahal

institut yang dah macam hospital ni hanya heart specialist
ramai sangatkah pesakit jantung kat Malaysia ni sampai memerlukan satu institut khas?
dan bila aku masuk dan ronda-ronda area ward
baru aku tau
memang IJN perlu untuk rakyat Malaysia ni

kadang-kadang bila masuk hospital ni
makin teringat kat mati
baguslah jugak

sebab tu nabi suruh kita melawat orang sakit dan iringi jenazah ke kubur
manfaat tu bukan untuk pesakit dan sekadar menghormati jenazah
tapi
untuk peringatan kepada orang yang sihat dan peringatan tentang mati..

sambil makan snickers
aku baca pamplet-pamplet yang ada kat rak

info-info pasal sakit jantung
yang selama ni aku tak pernah amik tau pun

alhamdulillah
aku ni bukan perokok
dan aku harap
ianya berterusan

dan mungkin sebab tu
aku tak amik kisah sangat

tapi bila aku belek-belek
pamplet, tengok gambar

banyak lagi punca penyakit ni

asap rokok, tekanan perasaan, bla..

dan bila aku tau
ada pesakit yang umur sebaya dengan aku
ada yang lagi muda
dan kebanyakannya dah ditahap serious

bagaimana perasaan
bagaimana harapan
bagaimana impian
bagaimana cita-cita

adakah lagi peluang
dengan wayar bermacam colour berselirat dibadan
ubat yang bermacam jenis

pada kawan-kawan aku
please
tinggalkan rokok

tinggalkan rokok
yang kononnya membuat korang rasa macho
tinggalkan rokok
yang membolehkan korang buat asap bermacam bentuk
sayangi nyawa

cuma mengingatkan......


(sapa-sapa, kejutkan aku maghrib nanti..dah tak larat dah ni)