Tuesday, July 28, 2009

bro azim



cepatnya masa
dulu ingat lagi masa citer
satria baja hitam ni
aku memang minat
satria baja hitam ni
ada moto besar
ada skaf kat leher
kadang-kadang
kitaorang satu class
mintak ngan ustaz fardhu ain
balik awal setengah jam
sebab nak tengok citer ni

"ustaz, mitok kelik awal aghi ni..nok kelih satria bajo ite"
("ustaz, kitorang nak mintak balik awal hari ni, nak tengok satria baja hitam")

"pok-pok mung nih kalu bak nok kelih tibi cepat jah...kalu bab ngaji kerah keng"
("korang ni, kalau bab tv cepat jer...kalau bab mengaji susah betul")

sekarang
satria baja hitam dah
banyak version
cam merepek pun ada
(macam la dulu tak merepek)

tu tak cerita lagi pasal power rangers
tommy, jason, adam, billy, kimberly, tania

cepatnya masa berlalu

semalam
suatu kisah berlaku

yang sedikit sebanyak
aku harap dapat
sketch something yang bernilai dalam hidup aku

kisah bermula,

bro azim
asal melaka
tak dapat melihat sejak kecil

semalam
bro azim
langgar motor tengah parking
langgar meja
langgar lampu jalan
dan hampir jatuh gaung kat pusanika ukm semalam

dan mata-mata manusia ukm
hanya melihat

'minded mereka sama macam aku'

alah

"tau lah dia cari jalan"

"takpe, dia pakai tongkat"

"alahai....kesiannya..."

aku bukan insan mulia

sebelum ni
kalau aku nampak orang pakai tongkat
takdenye aku nak menolong

sebab maybe time tu
(memang pun)

aku buta hati

buta fikiran

dan seolah-olah
suatu ketika
aku lupa
tanggungjawab aku
untuk membantu insan yang memerlukan

lupa

anugerahNya
yang dipinjamkan kepada aku

dan semalam
aku pimpin
bro azim
sampai ke library

benda yang
tak pernah aku buat dalam hidup

maybe semalam
aku terpanggil buat macam tu
sebab aku rasa

kat ukm ni
takde pun orang kenal aku lagi

jadi
kalau orang nak kata
aku ni nak tunjuk baik pun
lantaklah
bukan diorang kenal aku

mentaliti manusia
malu tak bertempat

on da way ke library
sempat aku borak ngan bro azim

dia baru sambung phd kat sini
sebab tu dia cakap
dia tak biasa lagi jalan-jalan kat sini

setakat
langgar benda-benda yang tak sepatutnya
dilanggar
dah jadi rutin
katanya

aku terkejut
bila dia kenal ketua jabatan aku
ar mastor
siap suh kirim salam
sama batch ngan dia katanya
masa belajar

"cakap kat dia, azim tak nampak kirim salam"

jadi aku leh agaklah umur bro azim ni bape

dan
bila dia cakap
kadang-kadang bila dia langgar apa-apa

ada insan
yang gelak

aku tak taulah
manusia jenis jahanam apa camtu

dan bila aku ajak bro azim minum
otw pegi library tu
dia jawab

"abang puasa"

Ya Allah

time ni
aku rasa
aku ni
kecik sangat
seolah-olah..
aku ni tak bersyukur
bulan syaaban ni sehari pun belom pose
rejab sehari jer pose

betapa cekalnya bro azim
tapi alangkah baik
jika kita yang cukup sifat
membantu mereka-mereka ini
sekadar termampu
tak salah lewat kuliah 5 minit kerana itu
tuhan akan membalasnya

sebab segalanya hakNya

Dia pengatur,

Dia pemilik

dan

kita

peminjam tak menyewa