Friday, June 26, 2009

kenapa pisang?



kenapa pisang?
bukan epal
bukan mangga
bukan tembikai
bukan buah cempedak di luar pagar

epal?
apple mahal sikit kot

mangga?
nanti tak cukup nak buat jus manggo

tembikai?
sapa nak tolong potong nanti

cempedak?
dah lama aku tak makan cempedak

maaf
ni bukan
kempen makan buah-buahan tempatan

cuma
kenapa pisang?

kenapa pisang orang sedekah kat masjid
time sembahyang jumaat

nape bukan buah-buahan lain?

ari ni
aku sempat makan pisang
yang orang sedekah kat masjid

aku amik sebijik
datang sorang budak

amik sebijik
pastu amik lagi
dan lagi
lagi
sesikat pisang
abis dia ngap

wah
tau la pisang sedekah
takkan nak wat lunch kot

of course lah
budak bersampin hijau tu
tak baca blog aku ni

tapi
aku tengok
yang bukan budak
dan
yang tak bersampin hijau pun
ngap sesikat gak

erm
maybe tu
relevannya
orang sedekah pisang

pisang
takleh dibuat jus
kalau boleh pun
ntah la

banana split
ada la jugak pakai pisang
jus pisang
aku belum try

pisang
size dia melebihi poket baju melayu
so
malu la sikit kalau nak tapau
nak-nak lagi
time dengar khutbah
terjulur keluar pisang tu dari pocket

kalau epal
memang ngam-ngam
dua poket
kat bawah dah conform

poket atas
ish
nanti berubah jadi figure kaum hawa lak

lagi satu
maybe sebab pisang ni
buah yang tak bermusim
anytime leh tanam

dengan ini jugak
aku mencadangkan

masjid-masjid
supaya buat kebun pisang

selain dari tok imam,tok bilal dan ajk masjid dapat bersenam sikit
petang-petang berkebun tanam pisang
ajak satu kampong join

nanti
dapat jual nanti time sembahyang jumaat
dapat gak jana ekonomi masjid

seminggu sekali
conform
sold out

setahun bape kali jumaat?
banyak tu

lagi pun
masjid-masjid
banyak tanah lapang

dari terbiar
baik wat kebun

pokok pisang pun
cantik wat landscape

sepohon pokok pisang tu
suma leh pakai

pisang leh makan
daun pisang leh wat bungkus nasi lemak
batang pisang..
aku tak tau
tapi rasanya ada kegunaannya
paling tak pun
leh buat alas budak-budak bersunat