Saturday, November 27, 2010

Mana Malaikat tu?



Salam..
Bismillahhirrahmanirrahim..

Lama betul tak menaip dalam blog ni
Sebenarnya banyak post yang aku dah taip
Tapi tak terasa nak publish post-post tu

Tajuk "Mana Malaikat tu?"
Sebenarnya tajuk ni
Bukan sebab aku suka tengok Supernatural

Tapi masa aku makan kat Azura malam semalam
Aku tengok ada sorang laki jalan tepi 7 eleven
Tgh syok jalan sambil cakap kat hp
Dia jatuh sebab licin air ujan kot

Pastu
Baru aku teringat balik zaman kecik-kecik
Zaman tadika

Dulu
Aku selalu nak jatuh
Sebab tapak kasut licin

Sebab ngan kasut tu lah
Aku main bola
Naik basikal
Berlari

Camana la tapak kasut tak haus

Walaupun aku pergi sekolah tadika tu
Ngan Arwahyarhamah Che Moh aku (cikgu tadika kat situ) nek moto
Tapi aku suka merayau-rayau kat situ

Kampong aku pulak memang selalu hujan
Nama pon Kampong Laut

Tiap-tiap kali aku lalu
Kawasan simen
Mesti nak terjatuh
Hampir-hampir disitu
haha

Tapi tak jatuh
Terrer tak?

Pernah sekali
Masa aku nak terjatuh tu
Che Moh aku ada sekali
Dan seperti biasa

Aku tak la sampai jatuh
Hampir-hampir disitu
Lagi..

Kemudian Che Moh aku cakap
Malaikat yang sambut Abang Long tadi

Kata-kata tu
Menyebabkan aku dah tak takut dah nak berjalan pakai kasut tu
Dan
Banyak kali aku jatuh
Tapi aku sedapkan diri
Alah
Maybe Malaikat pergi jumpa kawan kot
Pergi Minum ke
Macam-macam

Kadang-kadang aku suka conteng satu dinding kosong
On da way nak balik sekolah
Sampai nak penuh dinding tu aku lukis gaban, dinosour, maskman
Tapi time tu selalunya azan zohor
So aku anggap time tu
Malaikat pergi semayang
So dia takde tepi aku
So aku leh conteng dinding tu

Vandalisme betul aku

Dan bila ayah aku beli kasut baru wat pergi sekolah
Aku jarang-jarang pakai
Sebab aku tau
Kalau aku pakai kasut yang tapak dia tak licin
Malaikat takkan dok tepi aku lagi

Kekadang time aku
Dalam kesusahan
Problem
Aku selalu tanya-tanya
Mana malaikat tu?

Sangat kebudak-budakkan
Tapi tu lah

Zaman kecik-kecik
tinggal kenangan

pahit

manis

masam

kelat

semuanya

satu permulaan

dan sekarang

aku, korang semua

mesti dah mengaji

2 malaikat

kiri dan kanan kita

kanan namanya Raqib

dan kiri namanya 'Atid

yang sedia mencatat amalan kita


Jadi Tak perlu pakai kasut licin lagi..

Nak bagi Malaikat ada kat tepi..

sebab mereka dah ready..


sama-sama jaga diri..

8 comments:

  1. good :) malaikat sentiasa ade kiri dan kanan kite kan...tokey budu :)

    ReplyDelete
  2. mizzbutterfly > iye miss mizzbutterfly :)

    ReplyDelete
  3. terbaek en.tokey budu..
    cerita ini ada 'nilai'..
    smg terus rajin mengupdate dgn entry2 yg bergaya..
    wuhu~ :)

    ReplyDelete
  4. Noraini Salleh > nilai bersama MTB :p

    ReplyDelete
  5. dh lme tgu awk update blog...akhrnye...bst2..(^_^)

    ReplyDelete
  6. slmt menjaga diri~ =)


    eh nk ty kenal ke bdk nama eza queenza kt ur fesbuk tu??

    ReplyDelete
  7. y@n@ M!B > yahh..member kepada member...

    ReplyDelete