Monday, August 31, 2009

gardenia, sabun breeze dan awek kfc



tiap-tiap
ari kita belajar benda baru
langsung atau tidak langsung

ari ni
baru aku tau
roti gardenia
takleh disimpan
disebelah sabun basuh breeze

buruk padahnya

dah la aku bangun sahur
mamai-mamai

makan roti
tetiba rasa
lain

nasib baik aku tak tersedu-sedu kuar buih sabun breeze

mundur sangat ke aku ni
tak tau
roti gardenia RM1.70 ni dah ada perisa baru

aku rasa
lepas ni
pihak Gardenia (sungguh enak dimakan begitu saja)
leh la letak label kat plastik
jangan letak ditepi sabun basuh
breeze dan sama waktu dengannya

lastly
Roti Gardenia (sungguh enak di BUANG begitu saja)
kalau nasib baik
beruk-beruk ukm
datang makan roti tu

haha
biar pening lalat nanti
kalau tak
dok selongkar tong sampah jer keje

lama tak update blog
memang takde benda nak letak

takkan aku nak letak

love story

ari ni aku dating kat pkns
awek aku nak berbuka puasa
dia mengidam nak makan
kat kfc

"i nak makan kepak ayam"
"kepak ayam dah abis la yang.ayam ada dua kepak jer.kiri kanan"

"tak kira..i nak jugak!"

"nanti i suruh kfc bela ayam yang ada kepak 12 untuk you"


tengah makan kfc
suma org pandang
rakus sangat ke aku makan
takkan awek aku pun makan secara rakus?
rupa-rupanya tak masuk waktu lagi

azan td azan dalam laptop
student ukm (software azan selalu time salah)

cerita camni ke yang aku nak type?
segan la
lagi pun

ni cerita tipu

aku mana ada AWEK

pkns pun baru sekali aku pegi
tu pun pegi ngan J sebab nak gunting rambut

tu pun
masuk kot depan pkns
tetiba
kuar kot belakang pkns

tu area bangi

dalam ukm pun aku sesat lagi

ari tu masa time konvo
ada sorang uncle ngan kete
tanya aku kat depan canselori

nak pegi dewan gemilang
nasib baik
malam tu
aku pegi makan bakso pesta konvo kat situ

so dengan confidentnya aku bagitau uncle tu
jalan nak pegi dewan gemilang

padahal
kalau uncle tu jalan terus pun
conform jumpa dewan gemilang

tapi aku tak la seteruk nik zami
member sama level ngan aku ni
canselori pun tak kenal
padahal tiap-tiap minggu pegi class titas
sebelah menyebelah jer

haha
sori la jami
kutuk ko sikit
aku tau ko tak baca blog-blog ni
masa aku type entry ni pun ko tengah baek punya baca komik atas katil aku

haha
nak balik raya nanti
aku mintak maaf secara borong
sebab selalu sangat kacau ko

dah
tetiba jami dienterprem disini

ari ni
besday ke-52 Malaysia

elok jugak merdeka bulan pose ni
takde la aktiviti hiburan yang melalaikan

konsert ct td boleh la
suma orang rindu kat siti :p

secara automatik
rakyat Malaysia menghormati Ramadhan

betullah
Ramadhan ni penuh keberkatan
harap
dapat
bertemu
Ramadhan

lagi.....