"ketika ini, panca lihat hampir terus tak berfungsi..sekadar merenung tetapi tak memerhati, memandang pada yang hilang.."
Tuesday, September 1, 2009
ini bukan ucapan penyimpan mohor besar raja-raja
gula takde
minyak naik
lepas ni ntah apa-apa lagi yang naik
nak-nak raya ni
takleh ke tunggu lepas raya
yang pasti
kekurangan gula ni
akan menjadi penyebab kurangnya
biskut-biskut raya yang aku admire
almond london (dibuang almond)
mama carrie (kenapa mama?tak paham aku)
oleh itu
kepada member-member aku
yang cam tau-tau
aku nak datang beraya
sila buat biskut-biskut
yang sedap-sedap sahaja
kan gula naik
dari korang buat biskut
yang
tak sedap
yang cornflake-conflake tu
tak payah buat
memang tak best
baik lah buat biskut
yang gerenti
orang makan
tujuan buat biskut pun
untuk bagi orang makan
bukan sekadar buat biskut
untuk memenuhkan mangkuk-mangkuk
yang bermacam-macam design
kadang-kadang aku pun conpius
sebab mangkuk-mangkuk tu
sangat menarik
dan menyelerakan
cam nak makan jer
kepada kanak-kanak riang
yang datang beraya
umah aku pulak
sila take note!
bila masuk umah aku
bila aku tuang air oren sunquiq
sila minum sampai abis!
ada yang tak minum pun
biskut pun sila amik
sebab aku dah bukak tudung mangkuk
sudah berlaku ventilation langsung disitu (masuk angin)
jangan tunggu duti raya jer!
kalau tak, aku tak bagi sampul raya CIMB atau Tabung Haji
(macam la bebudak tu baca)
kepada pemain-pemain mercun amateur
sila take note jugak!
aku kekadang seronok gak bunyi mercun
baru ada suasana raya tu
tapi main ikut time la
ni time semayang terawih pun korang bantai main
kekadang tok imam pun leh melompat
sampai lupa ayat
nasib baik tok imam tak melatah bukan-bukan lepas fatihah
tak pun tetiba tok imam nyanyi lagu 'dendang perantau' (tok imam tak hafal lagi lagu siti - 'air mata Syawal)
nanti tak pasal aku kena niat keluar imam
sebab aku tak suka sangat dendang perantau
lagu sedih ;p
mungkin korang leh try main waktu pagi
time orang nak bangun sahur
secara automatik
leh kejut orang bangun sahur
walaupun ada la sikit orang sumpah seranah (aku pun)
tapi tak la sebanyak sumpah seranah yang korang dapat
masa main mercun time terawih
korang main pun takyah takut-takut
sebab time ni
polis dan ahli-ahli jkkk (jawatan kuasa kemajuan kampong) suma tengah lentok tido
bunyi mercun jugak
akan melajukan tempo kelajuan memasak
kaum ibu
yang selalunya agak slow motion
time-time sahur
salam 11 Ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)