Tuesday, May 19, 2009

untuk kawan kepada kawan


kawan-kawan
kenapa mau lawan
kita kan kawan
dulu sama-sama
konsi teh secawan

kawan-kawan
kenapa mau lawan
orang lain maju ke depan
orang kita cari jalan
jatuhkan kawan

kawan-kawan
kenapa mau lawan
kan ke cukup rezeki tuhan
buat kita ramai-ramai
makan

kawan-kawan
bukan nak cari lawan
sekadar nak ingatkan teman
hati-hati dengan
gunting dalam lipatan

kawan-kawan
kita sama-sama cari makan
bila fikir masa depan
jangan tabur pasir
dalam periuk kawan

kawan-kawan
cuba dikaji orang tua pesan
kawan jadi lawan
lawan jadi kawan

bilik berhantu
siri berkawan dengan hantu
4.50 am.haha



No comments:

Post a Comment