tiap-tiap ari kita belajar benda baru langsung atau tidak langsung
ari ni baru aku tau roti gardenia takleh disimpan disebelah sabun basuh breeze
buruk padahnya
dah la aku bangun sahur mamai-mamai
makan roti tetiba rasa lain
nasib baik aku tak tersedu-sedu kuar buih sabun breeze
mundur sangat ke aku ni tak tau roti gardenia RM1.70 ni dah ada perisa baru
aku rasa lepas ni pihak Gardenia (sungguh enak dimakan begitu saja) leh la letak label kat plastik jangan letak ditepi sabun basuh breeze dan sama waktu dengannya
lastly Roti Gardenia (sungguh enak di BUANG begitu saja) kalau nasib baik beruk-beruk ukm datang makan roti tu
haha biar pening lalat nanti kalau tak dok selongkar tong sampah jer keje
lama tak update blog memang takde benda nak letak
takkan aku nak letak
love story
ari ni aku dating kat pkns awek aku nak berbuka puasa dia mengidam nak makan kat kfc
"i nak makan kepak ayam" "kepak ayam dah abis la yang.ayam ada dua kepak jer.kiri kanan" "tak kira..i nak jugak!" "nanti i suruh kfc bela ayam yang ada kepak 12 untuk you"
tengah makan kfc suma org pandang rakus sangat ke aku makan takkan awek aku pun makan secara rakus? rupa-rupanya tak masuk waktu lagi
azan td azan dalam laptop student ukm (software azan selalu time salah)
cerita camni ke yang aku nak type? segan la lagi pun
ni cerita tipu
aku mana ada AWEK
pkns pun baru sekali aku pegi tu pun pegi ngan J sebab nak gunting rambut
tu pun masuk kot depan pkns tetiba kuar kot belakang pkns
tu area bangi
dalam ukm pun aku sesat lagi
ari tu masa time konvo ada sorang uncle ngan kete tanya aku kat depan canselori
nak pegi dewan gemilang nasib baik malam tu aku pegi makan bakso pesta konvo kat situ
so dengan confidentnya aku bagitau uncle tu jalan nak pegi dewan gemilang
padahal kalau uncle tu jalan terus pun conform jumpa dewan gemilang
tapi aku tak la seteruk nik zami member sama level ngan aku ni canselori pun tak kenal padahal tiap-tiap minggu pegi class titas sebelah menyebelah jer
haha sori la jami kutuk ko sikit aku tau ko tak baca blog-blog ni masa aku type entry ni pun ko tengah baek punya baca komik atas katil aku
haha nak balik raya nanti aku mintak maaf secara borong sebab selalu sangat kacau ko
dah tetiba jami dienterprem disini
ari ni besday ke-52 Malaysia
elok jugak merdeka bulan pose ni takde la aktiviti hiburan yang melalaikan
konsert ct td boleh la suma orang rindu kat siti :p
secara automatik rakyat Malaysia menghormati Ramadhan betullah Ramadhan ni penuh keberkatan harap dapat bertemu Ramadhan
minggu ni aku ishtiharkan minggu dugaan.. minggu kesabaran.. minggu diluarjangka... dan... minggu penat la sikit.. tak payah nak tunggu mohor besar raja-raja nak ishtihar time puasa atau raya..
masuk sekarang hampir 48 jam tak tido.. tolak setengah jam tido dalam kete kat LCTT pagi tadi.. nak tido pun dah jadi takde selera.. dan dah tak berpijak di bumi yang nyata..
site analysis ngan precedence study 48 jam tu tak tak terpresent buat macam nak rak
tapi setidak-tidaknya life aku dah kembali macam dulu
Institut Jantung Negara, 2.45 pagi.... masih ramai dengan manusia-manusia kenderaan keluar masuk
padahal
institut yang dah macam hospital ni hanya heart specialist ramai sangatkah pesakit jantung kat Malaysia ni sampai memerlukan satu institut khas? dan bila aku masuk dan ronda-ronda area ward baru aku tau memang IJN perlu untuk rakyat Malaysia ni
kadang-kadang bila masuk hospital ni makin teringat kat mati baguslah jugak
sebab tu nabi suruh kita melawat orang sakit dan iringi jenazah ke kubur manfaat tu bukan untuk pesakit dan sekadar menghormati jenazah tapi untuk peringatan kepada orang yang sihat dan peringatan tentang mati..
sambil makan snickers aku baca pamplet-pamplet yang ada kat rak
info-info pasal sakit jantung yang selama ni aku tak pernah amik tau pun
alhamdulillah aku ni bukan perokok dan aku harap ianya berterusan
dan mungkin sebab tu aku tak amik kisah sangat
tapi bila aku belek-belek pamplet, tengok gambar
banyak lagi punca penyakit ni
asap rokok, tekanan perasaan, bla..
dan bila aku tau ada pesakit yang umur sebaya dengan aku ada yang lagi muda dan kebanyakannya dah ditahap serious