Monday, August 10, 2009

IJN dan rokok



minggu ni aku ishtiharkan minggu dugaan..
minggu kesabaran..
minggu diluarjangka...
dan...
minggu penat la sikit..
tak payah nak tunggu mohor besar raja-raja nak ishtihar time puasa atau raya..

masuk sekarang hampir 48 jam tak tido..
tolak setengah jam tido dalam kete kat LCTT pagi tadi..
nak tido pun dah jadi takde selera..
dan dah tak berpijak di bumi yang nyata..

site analysis ngan precedence study 48 jam tu
tak tak terpresent
buat macam nak rak

tapi setidak-tidaknya
life aku dah kembali macam dulu


Institut Jantung Negara, 2.45 pagi....

masih ramai dengan manusia-manusia
kenderaan keluar masuk

padahal

institut yang dah macam hospital ni hanya heart specialist
ramai sangatkah pesakit jantung kat Malaysia ni sampai memerlukan satu institut khas?
dan bila aku masuk dan ronda-ronda area ward
baru aku tau
memang IJN perlu untuk rakyat Malaysia ni

kadang-kadang bila masuk hospital ni
makin teringat kat mati
baguslah jugak

sebab tu nabi suruh kita melawat orang sakit dan iringi jenazah ke kubur
manfaat tu bukan untuk pesakit dan sekadar menghormati jenazah
tapi
untuk peringatan kepada orang yang sihat dan peringatan tentang mati..

sambil makan snickers
aku baca pamplet-pamplet yang ada kat rak

info-info pasal sakit jantung
yang selama ni aku tak pernah amik tau pun

alhamdulillah
aku ni bukan perokok
dan aku harap
ianya berterusan

dan mungkin sebab tu
aku tak amik kisah sangat

tapi bila aku belek-belek
pamplet, tengok gambar

banyak lagi punca penyakit ni

asap rokok, tekanan perasaan, bla..

dan bila aku tau
ada pesakit yang umur sebaya dengan aku
ada yang lagi muda
dan kebanyakannya dah ditahap serious

bagaimana perasaan
bagaimana harapan
bagaimana impian
bagaimana cita-cita

adakah lagi peluang
dengan wayar bermacam colour berselirat dibadan
ubat yang bermacam jenis

pada kawan-kawan aku
please
tinggalkan rokok

tinggalkan rokok
yang kononnya membuat korang rasa macho
tinggalkan rokok
yang membolehkan korang buat asap bermacam bentuk
sayangi nyawa

cuma mengingatkan......


(sapa-sapa, kejutkan aku maghrib nanti..dah tak larat dah ni)


6 comments:

  1. lorr ciannye xcukup tdo..
    padan la type pn mcm xbtol je..huhu..
    get some rest la bro..nnt xpsl2 kna penyakit lak..huhu..^_^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bukan perokok.

    ReplyDelete
  3. ijazah ke jenazah??;)

    ReplyDelete
  4. Berhenti rokok ni pun kena perlahan-lahan tak boleh mengejut...

    ReplyDelete
  5. ada benda yang leh datang mengejut gak...:)
    depends pd individu..sekadar mengingatkan sesama insan..

    ReplyDelete
  6. benda ape yang datang mengejut tu??
    ajal? ;)

    ReplyDelete